Semasa

Program Jiwa Murni PALAPES USM bersama penduduk Kampung Paya Kong

PULAU PINANG: Program Jiwa Murni PALAPES USM telah dilaksanakan di Kampung Paya Kongsi, Balik Pulau, Pulau Pinang pada 26 Nov 2017. Program ini dijalankan sebagai salah satu aktiviti pasukan bagi mempromosikan khidmat ketenteraan dengan membantu penduduk membersihkan kawasan kampung yang sedikit sebanyak terjejas akibat banjir yang melanda Pulau Pinang baru-baru ini. Usaha ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat setempat bersama tentera di samping memupuk semangat kerjasama dan setiakawan di kalangan anggota pasukan.

Program ini disertai lima pegawai, 20 anggota Lain-Lain Pangkat dan juga 69 Pegawai Kadet. Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah membersihkan kawasan surau, rumah penduduk termasuk ibu tunggal serta membaik pulih beberapa saluran air sekitar kampung tersebut. Ketua Jurulatih, Mej Khairun Anwar bin Mat Isa turut meluangkan masa bersama menjayakan program ini. Menurut beliau, pasukan akan terus komited untuk menjalankan program seperti ini di masa hadapan yang jelas memberi impak positif dari segi fizikal, kerja berkumpulan dan kepimpinan terutama kepada Pegawai Kadet.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker