Semasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Pahlawan Haji Abdul Rahim Abdul Mutalib

SARAWAK: Seramai 15 orang Pegawai dan 280 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) Batalion Ke-20 RAMD terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Asistan Panglima Pasukan Simpanan (APPS), Mej Jen Dato’ Pahlawan Haji Abdul Rahim Abdul Mutalib di Padang Kawad 20 RAMD pada 14 Nov 2017.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Ke-20 RAMD, Lt Kol Azmi Ali, Penolong Ketua Perbarisan, Mej Mohd Zahirin Zainol Abidin, Ajutan Perbarisan, Kapt Mohd Shahrizal Abd Aziz dan Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan, Pegawai Waran I Baharudin Ismail dan perbarisan diiringi oleh kumpulan Pancaragam Gabungan 1 Divisyen dibawah pimpinan Drum Mejar Pegawai Waran II Azlee bin Abdullah.

Mej Jen Dato’ Pahlawan Haji Abdul Rahim Abdul Mutalib akan menamatkan perkhidmatan pada 15 Mac 2018 dan pemilihan lokasi perbarisan penghargaan beliau dalam pasukan 20 RAMD adalah kerana pasukan ini merupakan unit pertama beliau berkhidmat dalam Tentera Darat setelah tamat latihan pada tahun 1978.

Turur hadir Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima Angkatan Petugas 450 dan Mej Jen Dato’ Zulkapri Rahamat.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker