3 DivSemasa

PAT Lawat 3 Div

MELAKA: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor telah melaksanakan satu Lawatan Kerja ke Kem Terendak pada 29 Nov 2017.

Ketibaan PAT disambut oleh Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM, Lt Jen Datuk (Dr) Hj Yaakop Koming bagi melawat kawasan di dalam Kem Terendak.

Lawatan PAT ke Kem Terendak khususnya lawatan ke 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) adalah bertujuan untuk beramah mesra bersama pegawai dan anggota serta staf awam yang berkhidmat di 94 HAT.

PAT juga turut meluangkan masa melawat pesakit-pesakit yang mendapat rawatan di dalam wad selain memberi kata-kata peransang dan dorongan kepada anak-anak yang telah dikhatankan pada hari ini.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close