Semasa

MK 9 Bgd Sertai Program Jiwa Murni

SARAWAK: Seramai dua pegawai dan tujuh anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Kedua Rejimen 510 Askar Wataniah (AW) dan Cawangan Risik Markas 9 Briged terlibat dalam Program Roadshow Mobile CTC Siri 9/2017 yang diadakan di Balai Raya Kampung Jepak, Bintulu pada 5 Nov 2017.

Program ini juga turut dihadiri oleh pelbagai agensi kerajaan yang lain. Pelbagai jenis pameran telah diadakan sepanjang program ini berlangsung. Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) telah mengadakan pameran Senjata Tentera Darat dan Promosi Pengambilan Askar Wataniah.

Program seumpama ini adalah merupakan salah satu cabang inisiatif kerajaan, menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dirangka untuk membawa dan mendekatkan perkhidmatan agensi kerajaan terus kepada masyarakat dan rakyat setempat yang jauh dari pusat pentadbiran kerajaan negeri Sarawak. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Turut hadir bersama semasa aktiviti berlangsung ialah YB Datuk Haji Talib Zulpilip Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap ADUN N. 67 Jepak.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker