Semasa

Leading Para Battle Group (LPBG) 9 RAMD (Para) gegarkan Zon Gugur Rampayan dan 10 KPD (Para) gegarkan Zon Gugur Nukahan

SABAH: Seramai 210 penerjun dari Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (9 RAMD Para) bersama Unit Afilasi dari 1 RAD (Para) dan 10 Skn RAJD (Para) telah terlibat di dalam Eks Gempur IX 2017 pada 23 Nov 2017.

Kesemua penerjun telah selamat mendarat di Zon Gugur Rampayan dengan menggunakan 4 buah pesawat C130 dari 14 dan 20 Skn TUDM. Turut dilaksanakan secara serentak adalah Eks Stallion oleh 10 KPD (Para) yang melibatkan guguran udara.

Sebaik mendarat LPBG ini meneruskan latihan secara taktikal di kawasan am Kota Belud sehingga 26 Nov 2017.

Objektif eksesais tahunan ini bukan hanya untuk menguji kesiapsiagaan anggota 10 Bgd Para dan keupayaan melaksanakan pelbagai gerakan melalui operasi paracut, malah ia turut untuk memberi keyakinan kepada masyarakat khususnya di Sabah mengenai kemampuan dan komitmen TD dalam memastikan keselamatan Negara.

Eksesais ini dilaksanakan seiring dengan Eks Paradise yang dijalankan oleh pihak TUDM. Penerjunan statik dan guguran udara tersebut tersebut turut disaksikan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Wakil dari TUDM dan pihak media.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker