Semasa

Latihan KKS & LMIT Tingkat Kesiagaan Anggota 17 RAMD (Para)

JOHOR: Pasukan Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (17 RAMD) (Para) telah melaksanakan Latihan Kem Kemahiran Senjata (KKS) dan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) bertempat di Lapang Sasar Ulu Tiram bermula pada 10 hingga 15 Nov 2017.

Latihan dwi-tahunan yang melibatkan seramai sembilan pegawai dan 210 anggota Lain-Lain Pangkat ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran dalam aspek aturgerak peperangan konvensional bagi fasa ofensif mahupun defensif disamping meningkatkan kemahiran dalam aspek pengendalian senjata individu di peringkat platun dan aset senjata bantuan tempur pasukan.

Antara latihan yang telah dilaksanakan adalah Latihan Tembak Tempur Tim (LTTT), membaling bom tangan dan LMIT yang melibatkan penggunaan senjata individu dan bantuan peringkat platun, manakala latihan bagi platun pakar adalah melibatkan latihan merekod dan mencari sasaran bagi senjata MGKA, latihan menembak mortar 60mm dan 81mm siang dan malam oleh Platun Mortar, latihan memasang dan meletupkan one shoot single charge (claymore mines) oleh Platun RINSER dan latihan mencari dan memusnah kereta perisai menggunakan senjata Carl Gustav 84mm oleh Platun AKK.

Turut dilaksanakan Latihan Pendengaran Malam dan aplikasi Ilmu Medan Perang (IMP) bagi meningkatkan kemahiran anggota dalam operasi di medan serta latihan solat di medan disusuli ujian UKKI Agama bagi mengisi ruang waktu yang ada dan meningkatkan nilai kerohanian dalam kalangan pegawai dan anggota.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close