2 DivSemasa

HEWTD 2 Div Bantu Anggota Terjejas Banjir

PULAU PINANG: Seramai dua pegawai dan 10 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Hal Ehwal Wanita Tentera Darat Markas 2 Div (HEWTD 2 Div) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) Pasca Banjir di Lahar Yooi, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 9 Nov 2017.

Tim HEWTD 2 Div telah melaksanakan aktiviti pembersihan di luar dan dalam bagi meringankan beban anggota MK 2 Div yang terkesan dengan bencana banjir.

Rumah mangsa yang terjejas adalah Sjn Nurul Sahadah Md Zaki yang merupakan salah seorang staff di MK 2 Div yang mana rumah anggota tersebut dinaiki air hingga paras 1m pada pagi 5 Nov 2017.

HEWTD 2 Div yang diketuai oleh Pegawai Staf 2 Risik MK 2 Div, Mej Rahana Abd Karim juga telah menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan asas kepada keluarga anggota tersebut.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close