2 DivSemasa

8 Bgd Diaturgerak Pindahkan Mangsa Banjir di Kelantan dan Terengganu

KELANTAN: Selari dengan Prosedur Standard Operasi (SOP) Operasi MURNI ATM/TD (OP Murni), Panglima Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div), Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar telah mengarahkan Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) untuk membantu mangsa-mangsa banjir di kawasan yang terjejas di negeri Kelantan dan Terengganu.

Hujan yang berterusan yang masih turun telah menjejaskan kawasan-kawasan di negeri Kelantan iaitu di Daerah Kota Bharu, Pasir Puteh, Pasir Mas, Machang, Bachok, Tanah Merah dan Kuala Krai. Sebanyak 70 Pusat Pemindahan telah dibuka melibatkan 5101 mangsa dari 1514 keluarga. Manakala di negeri Terengganu kawasan yang terjejas adalah Daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Marang dan Setiu. Sebanyak 47 Pusat Pemindahan telah dibuka melibatkan 2020 mangsa dari 727 keluarga.

Secara keseluruhan aturgerak trup OP Murni bagi negeri Kelantan dan Terengganu untuk pemindahan mangsa-mangsa banjir seramai 17 pegawai dan 500 anggota LLP. Manakala jumlah keseluruhan aset yang diaturgerakkan ialah sebanyak 23 buah 3 ton, 25 buah bot, 25 buah OBM dan 240 unit jaket keselamatan.

Antara bantuan yang diberikan oleh pihak tentera adalah untuk membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan yang didaftarkan. Semua koordinasi bantuan tentera adalah berpusat di Bilik Gerakan Markas 8 Bgd, Kem Pengkalan Chepa, Kelantan.

Trup dan aset lain berada di pasukan dan siap sedia untuk diaturgerakkan bagi membantu sekiranya diperlukan setelah penilaian situasi dan koordinasi dibuat oleh kerajaan negeri. Operasi bantuan yang dilaksanakan di selaraskan melalui Pegawai Perhubungan (LO) di Bilik Gerakan Bencana Negeri.

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker