TDM, TNI-AD Bersatu Kukuh dan Siap Siaga Menghadapi Ancaman Musuh

INDONESIA: Seramai 118 Pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Tentera Darat Malaysia (TDM) dan 130 perwira dan anggota Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD) telah berjaya dalam melaksanakan eksesais bersama, Eksesais Kekar Malindo Siri 41AB/2017 pada 27 Sep sehingga 7 Okt 2017.

Eksesais ini merupakan latihan bilateral yang diadakan setiap tahun yang melibatkan dua fasa iaitu Eksesais PosĀ Pemerintah dan Eksesais Trup Medan.

Objektif eksesais ini bertujuan untuk menguji pemerintah dan pegawai staf di peringkat batalion infantri dan pasukan gubungan dalam operasi gabungan, meningkatkan keupayaan kedua-dua pihak bagi melaksanakan operasi dalam konteks Peperangan Konvensional (CW) dan mengeratkan semangat setiakawan serta perhubungan erat antara kedua-dua Negara agar berterusan selain dapat meningkatkan kesiagaan ketenteraan bagi menghadapi sebarang ancaman musuh yang mendatang.

Menurut Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin selaku pengarah latihan pada majlis penutup hari ini telah berkata, melalui eksesais bersama ini Malaysia dan Indonesia mampu menyediakan sebuah angkatan tentera yang mampu bertindak dan beroperasi dalam pelbagai spektrum peperangan.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur Eksesais Kekar Malindo Siri 41AB/2017 dan berharap agar hubungan akrab yang terjalin antara Malaysia-Indonesia ini kekal demi bersama-sama dalam menangani ancaman musuh dipersempadanan kedua-dua negara ini.

Turut menyaksikan upacara penutup adalah Mayor Jeneral TNI Sonhadji S.I.P,MM Pangdam VI Malawarman, Laksamana Pertama TNI Ferial Fachroni Danlantamal XIII, Lt Kol Inf Jones Sasmita Muliawan Brigade Infanteri 24 Brigif Bulungan Cakti selaku pengarah Latihan Eksesais Bersama, pegawai-pegawai TDM dan TNI-AD.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close