BAKATSukanTrup TD

Sukan BAKAT 10 Bgd (Para) Eratkan Hubungan

MELAKA: 361 Bateri RAD (Para) telah menganjurkan Karnival Sukan yang melibatkan BAKAT 10 Bgd (Para). Penganjuran sukan ini adalah sebagai salah satu penglibatan BAKAT di dalam Karnival Sukan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 10 Bgd (Para) Ke-23 yang telah dilaksanakan pada 24 dan 25 Oktober 2017 bertempat di sekitar Kem Terendak, Melaka.

Seramai 108 ahli BAKAT telah menyertai acara sukan ini yang terbahagi kepada tiga sukan iaitu Bola Jaring, Memanah (Individu dan Berkumpulan) dan Petanque (Individu dan Berkumpulan). Acara sukan ini juga melibatkan penyertaan daripada penjawat awam 10 Bgd (Para). 361 Bti RAD (Para) dan Sel Latih 10 Bgd (Para) diberi kepercayaan untuk menganjurkan keseluruhan Karnival Sukan 10 Bgd (Para) yang mana penutup keseluruhan Karnival Sukan sempena HUT 10 Bgd (Para) Ke-23 akan dilaksanakan pada 26 Okt 17.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Datin Haslinda binti Mohd Ali, Pengerusi BAKAT 10 Bgd (Para). Majlis dimulakan dengan pertunjukan perlawanan akhir bola jaring di antara pasukan Gabungan 2, BAKAT 10 Bgd (Para) menentang pasukan Tadbir Awam dan seterunya penyampaian hadiah kepada pemenang bagi semua acara sukan yang dipertandingkan sepanjang karnival berlangsung. Penganjuran sukan ini juga dilihat sebagai satu medium yang terbaik bagi mengeratkan lagi hubungan BAKAT 10 Bgd (Para) di kalangan warganya.

[srizonfbalbum id=30]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close