3 DivSemasa

Program Jiwa Murni 11 KAD Bersama JKK Nyalas

MELAKA: Satu Program Jiwa Murni anggota 11 KAD telah berjaya dilaksanakan bersama pihak sekolah, murid sekolah, JKK Nyalas, JK Belia Dun Jasin, Jab Rela dan Balai Polis Nyalas yang melibatkan tiga pegawai dan 35 lain-lain Pangkat, tujuh ahli JKK Nyalas, lima ahli JK Belia Dun Jasin, empat anggota RELA, empat anggota Polis, 10 org guru dan kakitangan sekolah serta 10 orang murid sekolah tersebut pada 3 Okt 2017.

Objektif program ini dilaksanakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim diantara pihak tentera, agensi kerajaan dan masyarakat setempat yang sedia terjalin.

Program ini telah dilaksanakan bermula jam 0830 hingga 1230 dan aktiviti yang dijalankan adalah seperti menebang pokok, membersihkan sistem saliran, mengecat pagar, tiang dan pondok, memotong rumput serta membersihkan kawasan sekitar blok akademik dan asrama sekolah.

Melalui kerjasama ini diharapkan agar hubungan yang terjalin diantara pihak tentera dan awam sentiasa lebih utuh dan menyuntik semangat tentera bersama rakyat.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close