SemasaTrup TD

Pertandingan Tachtlon Tentera Darat 2017

MELAKA: Seramai 18 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pelbagai formasi telah menyertai Pertandingan Tachtlon Tentera Darat Tahun 2017 telah berlangsung di Pos Pantai Utama, Kem Terendak pada 17 Okt 2017.

Acara pelepasan telah disempurnakan oleh Panglima Medan Barat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin bagi kategori Pegawai, manakala pelepasan bagi kategori LLP telah dilaksanakan oleh Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah.

Acara dimulakan dengan melaksanakan abseiling dari Pesawat Nuri sebelum pelepasan. Peserta menempuh pelbagai halangan semulajadi dan binaan sepanjang 6.3 km pada Peringkat Pertama dan pada Peringkat Kedua diuji kecekapan menembak pelbagai bentuk sasaran menggunakan senjata M4 Carbine dalam pelbagai kedudukan di Lapang Sasar 400m Kem Terendak, Melaka

Acara penyampaian hadiah saguhati telah disampaikan oleh Panglima 3 Divisyen bagi peserta tempat ke 3 hingga ke 18. Manakala penyampaian hadiah untuk Johan Kategori Pegawai dan Johan Kategori LLP serta peserta yang dinobatkan sebagai The King’s Man 2017 akan disempurnakan semasa acara penutup Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKMTD) pada 19 Okt 16 (Khamis) ini.

Johan bagi kategori Pegawai dan LLP telah disandang oleh pasukan Trup TD 1 yang diwakili oleh peserta dari 10 Bgd (Para).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close