Semasa

Perbarisan Serah Terima Tugas SMR MPLDTD

NEGERI SEMBILAN: Perbarisan Serah Terima Tugas Sarjan Mejar Rejimen (SMR) Markas Pemerintahan Latihan & Doktrin Tentera Darat (PLDTD) diantara PW 1 Mohd Shah Ibrahim dengan SMR baharu, PW 1 Mushaidi Ismail disaksikan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi di Padang Kawad, Kem Segenting pada 27 Okt 2017.

Perbarisan ini telah dihadiri seramai 500 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) di bawah naungan MPLDTD yang diketuai oleh SMR ATD, PW 1 Tuan Hasrihan Tuan Aria.

Majlis diteruskan dengan jamuan ringan dan sumbangan cendera kenangan di Dewan Serbaguna dan diakhiri dengan acara “send off” sebagai simbolik menghantar keluar SMR dengan Kenderaan G Wagen diarak menggunakan tali pedati sehingga ke balai pengawal.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close