Bersama PemimpinSemasa

Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad

KEDAH: Seramai 15 pegawai dan 240 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (19 RAMD Mek) terlibat dalam Perbarisan Penghargaan Mej Jen Dato Mohd Shukuri Ahmad di Padang Kawad 19 RAMD Mek pada 6 Okt 2017.

Terdahulu dari itu, Mej Jen Dato’ Mohd Shukuri Ahmad menerima tabik hormat terakhir dari kontijen perbarisan yang terdiri daripada empat detasmen diketuai oleh Pegawai Memerintah 19 RAMD Mek, Lt Kol Ridzwan Abd Majid bertujuan sebagai tanda penghormatan menghargai jasa yang telah dicurahkan oleh beliau dalam ATM amnya dan TD khasnya.

Dalam ucapannya beliau berasa terharu serta berbangga di atas persembahan perbarisan yang mantap dan segak serta mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Sri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi yang sudi hadir dalam perbarisan penghargaan tersebut.

Pada masa yang sama TPTD turut memberikan ucapan balas dengan mengatakan beliau berbangga dan berterima kasih kepada Mej Jen Dato’ Shukuri Ahmad  bagi pihak TD di atas perkhidmatan serta jasa yang telah dicurahkan dengan penuh kesetiaan dan pergorbanan tanpa berbelah bahagi.

“Saya yakin sebagai seorang pegawai kanan, beliau telah mencapai satu tahap yang amat membanggakan dan banyak kebaikan diserapkan dalam perkhidmatan dan kejayaan beliau haruslah diikuti oleh generasi kini,” kata TPTD.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima 4 Bgd Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu dan Panglima 6 Bgd.

 

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker