Semasa

Panglima 12 Bgd Diraikan

KUALA LUMPUR: Panglima 12 Briged, Brig Jen Dato’ Mohd Nazri Abidin diraikan dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Penghargaan bertempat di PWTC pada 27 Okt 2017.

Majlis ini diadakan sempena persaraan beliau dalam dunia ketenteraan setelah hampir 41 berkhidmat dan sebagai mengenang bakti beliau sebagai Panglima 12 Briged yang ke-20 selama 3 tahun.

Panglima dalam ucapannya sempat menyatakan bahawa hanya terdapat 3 individu sahaja di dalam ATM ini yang masih berkhidmat selama tempoh perkhidmatan beliau termasuk PAT.

Beliau juga memberi nasihat agar jadikan setiap individu itu penting dimana anggota di bawah perintah adalah sebagai aset yang berguna. Peranan dan tanggungjawab terhadap keluarga juga dipupuk.

Panglima 12 Briged menyeru agar laksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dan sentiasa mengekalkan suasana kerja yang harmoni walaupun berdepan dengan pelbagai tugasan yang mencabar serta mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli jawatan kuasa yang menjayakan majlis.

Acara turut disempurnakan lagi dengan pemberian cenderhati kepada panglima 12 Briged oleh Kol Romainor Mohamed Komander PIDTD, Lt Kol Azudin Hassan, Ketua Staf 12 Briged dan Peg Mem SIB, Lt Kol Shamsul Annuar Musa selaku YDP Wisma Perwira 12 Bgd.

Majlis diteruskan dengan acara persembahan mutlimedia 41 tahun perkhidmatan Panglima, persembahan nyanyian dan tarian dari warga 12 Briged.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close