2 DivSemasa

Majlis Penyerahan Bendera 2 Div

KEDAH: Majlis Penyerahan Bendera 2 Div oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar kepada Kontinjen yang diketuai Pegawai Memerintah Batalion Keempat Rejimen Sempadan (4 RS), Lt Kol Abdul Mior Rosidi Mohd Idris di Unit Lapangsasar Kem Horbart, Gurun Kedah pada 9 Okt 2017.

Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) akan menghantar kontinjen bagi menyertai Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat (UKM TD) dan Tachtlon TD bagi pertandingan Tahun 2017 yang akan bermula pada 14 hingga 20 Okt 2017 di Lapangsasar Kem Terendak Melaka.

Kontinjen 2 Div diwakili seramai 13 pegawai dan 177 anggota LLP sebagai penembak, ketua kontinjen, pengurus pasukan, jurulatih dan pegawai perubatan.

Turut hadir, Ketua Staf 2 Div merangkap pemangku Panglima 30 Bgd, Kol Noorul Azril Ariffin.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close