Semasa

Lawatan Ulung Panglima 9 Bgd ke 20 RAMD

SARAWAK: Panglima 9 Briged, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mustaffa telah membuat lawatan Ulung ke Pasukan 20 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), Kem Sri Miri pada 4 Okt 2017.

Lawatan ulung ini adalah sebahagian daripada lawatan rasmi Panglima 9 Briged yang baru setelah mengambil alih tampuk pimpinan Formasi 9 Briged pada 10 Mac 2017.

Lawatan yang melibatkan seramai 13 pegawai dan 260 Lain-Lain Pangkat (LLP) serta pekerja awam dari pasukan 20 RAMD dimulakan dengan Pemeriksaan Kawalan Suku di Balai Pengawal, Acara Bergambar bersama Peg dan PTTK, Taklimat kepada Panglima dan diakhiri dengan Majlis Makan Bersama Panglima Di Dewan Makan Pasukan.

Dalam ucapan Panglima 9 Bgd, beliau memberikan amanat berkenaan hala tuju 9 Briged, perjalanan latihan dan penglibatan operasi pasukan kepada semua anggota disamping menyarankan setiap anggota untuk menjaga hubungan sesama manusia. Panglima juga menyarankan anggota mengambil peluang dalam program Satu Anggota Satu Rumah (SaSaR) di bawah kelolaan ATM.

Semoga dengan Lawatan Ulung Panglima 9 Bgd ini memberikan peransang untuk pasukan 20 RAMD terus maju ke hadapan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close