SemasaSukan

KJLJD kekalkan Kejuaraan

NEGERI SEMBILAN: Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) dinobatkan sebagai juara setelah membenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) 32-8 dalam perlawanan akhir Kejohanan Ragbi Peringkat Antara Kor/Rejimen Tentera Darat bertempat di padang Institut Jurutera Elektrik Darat, Port Dickson pada 5 Okt 17.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat (PLTD), Mej Jen Dato’ Wira Md Tajri Alwi turut menyaksikan Kpl Mohd Nasrin Nassir (KJLJD) dianugerahkan sebagai pemain terbaik divisyen satu manakala pemain terbaik divisyen dua adalah Spr Mohamad Aizeeb Zulkaflie (RAJD).

Kejohanan ini bertujuan untuk memilih pemain bagi mewakili Tentera Darat (TD) di Kejohanan Ragbi antara Perkhidmatan yang akan dilaksanakan pada 6 hingga 9 Nov 17, selain memupuk semangat kesukanan, kerjasama pasukan dan membina hubungan yang lebih erat dalam kalangan warga TD.

Turut hadir Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharudin dan Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Pegawai-Pegawai Kanan dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP).

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker