Karnival Keselamatan Tingkatkan Kesedaran Keselamatan Warga 4 Bgd (Mek)

PAHANG: Seramai 25 pegawai dan 361 Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan di bawah Markas 4 Briged (Mekanize) telah menghadiri Karnival Keselamatan peringkat Briged di Dewan Serbaguna 12 RAMD (Mek), Kem Daralockwood pada 31 Oktober 2017.

Seminar ini telah disampaikan oleh Pensyarah jemputan dari Jabatan dan agensi yang bertanggungjawab ke atas perkara keselamatan selain peluang akademik seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKSIM), Bahagian Anti Keganasan (E8) IPK PDRM Pahang, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Kolej Yayasan Pahang (KYP), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Penjara Penor dan Bomba Pahang.

Objektif utama program ini adalah untuk terus memberi kesedaran kepada warga 4 Bgd (Mek) supaya tidak terpengaruh atau melibatkan diri dengan perjuangan kumpulan ektrimis, radikal, militan seperti DAESH, kumpulan-kumpulan gerakan LGBT, liberal dan kumpulan yang menuntut perubahan-perubahan dasar negara. Pengisian karnival ini juga menyentuh aspek keselamatan penyalahgunaan dadah, penerangan mengenai tugas dan peranan Jabatan Penjara Malaysia dan syarahan serta demonstrasi oleh pihak Bomba mengenai kebakaran.

Pihak UMP dan KYP turut memberi taklimat mengenai pengajian tinggi serta peluang pendidikan yang disediakan. Agensi yang hadir juga turut membuat pameran bagi perkongsian maklumat lanjut kepada peserta seminar.

Panglima 4 Bgd (Mek), Brig Jen Dato’ Md Din bin Hj Abu telah merasmikan karnival ini yang turut dihadiri oleh Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan di bawah 4 Bgd (Mek).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close