SemasaTrup TD

Clever Para Tonjol Kebijaksanaan Warganya

MELAKA: 10 Briged (Para) telah menganjurkan Kuiz sempena Hari Ulang Tahun (HUT) 10 Bgd (Para) yang ke-23. Kuiz yang dinamakan Clever Para telah dianjurkan pada 23 dan 24 Okt 2017 bertempat di Dewan Serbaguna Kem Terendak.

Seramai 38 pegawai 28 anggota Lain-Lain Pangkat telah menyertai pertandingan kuiz ini yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu A (Mej dan Kapt), B (Kapt dan Lt/Lt M) dan C (PTTK dan PTTR). Kategori A terdiri daripada unit-unit besar manakala kategori B dan C adalah dari semua unit dibawah naungan 10 Bgd (Para).

Skuadron Armor (Para) dan Sel Undang-undang 10 Bgd (Para) diberi kepercayaan untuk menganjurkan kuiz yang pertama kali diadakan di 10 Bgd (Para) yang mana setiap pasukan menghantar satu tim bagi setiap kategori melibatkan saringan pada 23 Okt 17 manakala pusingan separuh akhir dan akhir dilaksanakan pada 24 Okt 17.

Dalam ucapan penutup Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah menekankan bahawa kepentingan untuk menimba ilmu dari semua aspek seperti subjek-subjek yang telah dipertandingkan dalam kuiz tersebut merangkumi Pengetahuan Am, Pengetahuan Doktrin dan Taktik, Pengetahuan Lojistik, Sejarah Ketenteraan, Pengetahuan Agama dan Moral dan Undang-undang Tentera.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para) kepada pemenang kategori A iaitu 18R AMD (Para), Kategori B dimenangi oleh Komp Pandura (Para) dan Kategori C oleh Kem 10 Bgd (Para).

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close