SemasaTrup TD

195 Terima Sayap Berdarah dan Beret Merun

MELAKA: Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah merasmikan Upacara Penutup Kursus Asas Pasukan Atur Gerak Cepat Siri 3/2017 yang disertai oleh 195 penuntut yang terdiri dari 9 pegawai dan 186 LLP pada 31 Okt 2017 di Dataran PARAWOOD, 8 RRD (Para).

Kursus selama empat minggu yang penuh dengan pelbagai latihan dan ujian yang mencabar ketahanan mental dan fizikal ini telah menyaksikan Penuntut Terbaik disandang oleh Lt M Muhammad Nur Hakimi Mohd Falahurradzi dari 17 RAMD (Para), manakala Anugerah Ketabahan jatuh kepada Sjn Ismail Sulaiman dari 18 RAMD (Para) dan Anugerah Jasmani Terbaik jatuh kepada Pbt Mohd Zahier Zainol Abidin dari 18 RAMD (Para).

Turut diadakan adalah penganugerahan beret merun dan sayap berdarah kepada penuntut kursus yang telah menghadiri Kursus Asas Payung Terjun.

Majlis turut dihadiri oleh Peg Memerintah dan Pemerintah pasukan serta disaksikan oleh warga 10 Bgd (Para) yang lain.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close