SemasaTrup TD

10 Bgd Para Public Day

MELAKA: 10 Bgd (Para) telah menganjurkan Public Day bersempena Hari Ulang Tahunnya yang ke – 23 pada 7 Okt 2017 di Dataran Parawood 8 RRD Para, Kem Terendak, Melaka. 10 Bgd Para Public Day ini terbahagi kepada 2 segmen iaitu pameran statik aset-aset tentera serta mencuba aktiviti-aktiviti ketenteraan dan kemuncak acara adalah Demonstrasi Keupayaan Tempur 10 Bgd (Para) yang kebiasaannya dipersembahkan kepada pembesar dan tetamu tertinggi.

Program ini bertujuan memberi gambaran sebenar kepada masyarakat mengenai keupayaan 10 Bgd (Para) sebagai Pasukan Aturgerak Cepat yang menjadi salah satu elemen strategik negara dan Angkatan Tentera Malaysia di samping turut memberi keyakinan kepada ahli keluarga anggota 10 Bgd (Para) tentang kemahiran, kepakaran, kecergasan dan ketahanan mental mereka yang sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan walaupun dalam keadaan yang getir.

Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada ahli keluarga dan warga awam. Lebih kurang 2000 ahli keluarga dan 1000 orang dari pelbagai sektor baik agensi-agensi kerajaan mahupun swasta, institusi-institusi pengajian dan sekolah – sekolah, Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Melaka dan masyarakat setempat telah hadir memeriahkan acara tersebut.

Turut diadakan upacara pemakaian pangkat kepada dua pegawai dan 24 anggota LLP yang disempurnakan oleh Panglima 10 Bgd (Para) dan pasangan.

[srizonfbalbum id=22]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close