Bersama PemimpinHUTSemasaTrup TD

10 Bgd (Para) Anjur MMR Semperna HUT Ke 23

MELAKA: Seramai 250 Pegawai dan PTTK serta pasangan dari semua pasukan 10 Bgd (Para) telah terlibat dalam Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) sempena Hari Ulang Tahun Ke-23 di Hotel Equatorial Melaka pada 21 Okt 2017.

MMR ini amat bersejarah dengan keberangkatan Raja Muda Selangor Duli Yang Teramat Mulia Lt Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj buat julung kalinya.

Dalam ucapannya Panglima menyatakan rasa bangga dan penghormatan yang amat besar kerana Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor menjadi sebahagian daripada 10 Bgd (Para). Beliau juga memaklumkan mengenai peningkatan pencapaian 10 Bgd (Para) yang sangat membanggakan sepanjang tempoh setahun yang lalu. Beliau turut menyentuh aspek kepimpinan dan pemerintahan dengan memberi penekanan supaya setiap ketua menonjolkan semangat serta nilai “Para” agar dapat diteladani dan berusaha mengamalkan “Lead By Demonstration”.
Dikesempatan sama, Panglima bagi pihak seluruh Pegawai turut meraikan pegawai-pegawai yang bertukar masuk dan keluar serta yang akan menamatkan perkhidmatan.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close