Semasa

Pertandingan Tinju Perajurit Muda Siri 183/17 (L) dan Siri 43/17 (W)

NEGERI SEMBILAN: Membentuk Jiwa Berani dan Semangat Juang Tinggi sesuai dan seiring dengan pembentukan karakter dan profil sebagai seorang bakal anggota Tentera Darat, Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah menganjurkan pertandingan Tinju Perajurit Muda Siri 183/17 dan Wanita 43/17 pada 5 Sep hingga 8 Sep 2017 bagi memberi pendedahan dan sekali gus mencungkil bakat peninju-peninju muda yang baru untuk diketengahkan.

Selain daripada memupuk semangat juang yang tinggi dan berani bertarung di gelanggang, pertandingan tinju yang turut melibatkan Perajurit Muda Wanita ini bertujuan membina kekuatan dan ketahanan fizikal serta mental, memberi pendedahan awal dan membudayakan sukan tinju daripada peringkat awal lagi.

Sebanyak lapan kategori berat badan telah dipertandingkan dan peninju terbaik pada pertandingan kali ini jatuh kepada 1193535 Perajurit Muda Muhammad Azri Abu Samah daripada Kompeni Delta.

Majlis Penutup Pertandingan Tinju Perajurit Muda ini telah disempurnakan oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal yang mana dalam ucapannya banyak memberi dorongan dan menyentuh tentang pentingnya pembentukan jiwa yang berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi sebagai seorang bakal anggota Tentera Darat (TD) pada masa hadapan. Antara lain juga menyentuh tentang sukan tinju yang merupakan sukan teras dan amat sinonim dengan TD.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12886,12887,12889,12894,12897,12893,12888,12890,12892,12896,12891,12895,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close