Semasa

Penutup Kursus Asas TTS 9 Bgd

SARAWAK: Seramai 71 Penuntut Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata Siri (Dec) 3/2017 terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (TTS) serta berjaya menamatkan kursus yang bermula dari 3 Jul 2017 sehingga 8 Sep 2017 yang disempurnakan oleh Ketua Staf MK 9 Bgd, Lt Kol Jauhari Talib di Gelanggang Tempur Tanpa Senjata 9 Kompeni Kor Polis Diraja (KPTD).

Majlis dimulakan dengan gimik pertempuran serta pertunjukan dari penuntut kursus dengan beberapa aktiviti lasak seperti latihan jasmani sebagai pemanasan disusuli dengan bertarung dengan menggunakan pelbagai senjata dan diakhiri dengan lompatan serta pemusnahan.

TTS atau juga dikenali dengan nama unarmed combat merupakan satu teknik pertahanan diri jarak dekat dengan beradu tenaga tanpa menggunakan sebarang senjata pendek seperti kayu, pisau dan seumpamanya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada Penuntut Terbaik Keseluruhan iaitu Pbt Mohd Ashraf Hamzah dari Batalion Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (7 RAMD).

Dalam ucapan KS MK 9 Bgd, beliau menyeru kepada semua penuntut supaya menggunakan segala ilmu yang dipelajari kearah kebaikan dan berharap agar ia dapat menjadi pemankin kepada pembentukan satu generasi tentera yang berpengetahuan luas serta mempunyai tahap ketahanan diri yang tinggi sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan iaitu sebagai benteng pertahanan negara.

Turut hadir Pegawai-pegawai Pemerintah di bawah naugan 9 Bgd.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12852,12855,12857,12853,12854,12856,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close