Semasa

Majlis Serah Terima Tugas Kolonel Perubatan Dan Kolonel Pergigian

KUALA LUMPUR: Majlis Serah Terima Tugas Kolonel Perubatan dan Kolonel Pergigian Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat telah diadakan di Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pada 13 September 2017.

Dalam majlis berkenaan, Kol (Dr) Shamsul Bahari Muhamad secara rasminya telah menerima tugas sebagai Kol Perubatan MK PMBTD daripada Brig Jen (Dr) Adnan Abdullah, manakala Kol (Dr) Hjh Normah Hj Samsuri telah menyerahkan tugas sebagai Kol Pergigian kepada Kol (Dr) Hazudin Hassan yang telah disaksikan oleh Ketua Staf Am MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik. Brig Jen (Dr) Adnan Abdullah bertukar keluar ke Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Pengurusan Kesihatan untuk menjawat jawatan sebagai Ketua Pengurusan manakala Kol (Dr) Hjh Normah Hj Samsuri akan bertukar keluar ke Markas Angkatan Tentera Malaysia, Bahagian Pengurusan Kesihatan untuk menjawat jawatan sebagai Kol Pergigian Dasar.

Turut hadir menyaksikan majlis serah terima tugas ini adalah pegawai-pegawai MK PMBTD.

[srizonfbalbum id=15]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close