Semasa

Ekspedisi Kembara Qurban 12 Bgd ke Kampung Orang Asli Rakoh Pos Lenjang Sempena Aidiladha

PAHANG: Bersempena dengan sambutan Aidiladha 1438H, Briged Ke-12 Infantri Malaysia (12 Bgd) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah melaksanakan Program Jiwa Murni Ekspedisi Kembara Qurban di perkampungan orang asli Rakoh, Pos Lenjang, Kuala Lipis pada 4 Sep 2017.

Program tersebut termasuk pembinaan semula surau Kg Rakoh yang mula dilaksanakan pada 25 Ogos 2017 dengan menggunakan kepakaran anggota tentera dari 12 Bgd bersama unit bantuan 91 RAJD setelah peruntukan kewangan disalurkan oleh pihak JAKIM. Projek pembinaan tersebut dijangka siap pada awal Oktober 2017.

Perjalanan kembara yang mengambil masa kira-kira 5 jam dari Kem Wardieburn Kuala Lumpur memerlukan persiapan dan perancangan rapi bagi menghadapi keadaan serba kekurangan jauh di pendalaman hutan yang bebas dari pencemaran.

Program yang dirasmikan oleh Brig Jen Dato’ Mohd Nazri Abidin, Panglima 12 Briged ini dimulakan dengan gimik penyerahan pisau sembelihan tiga ekor lembu korban. Seramai 12 pegawai dan 47 anggota tentera dan 14 orang dari JAKIM diketuai oleh Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM terlibat dalam acara ini. Program ini mendapat sambutan yang positif dari penduduk setempat dimana seramai 250 orang penduduk kampung orang asli Kg Rakoh turut hadir.

Acara turut dimeriahkan lagi dengan program pemeriksaan kesihatan percuma oleh Pegawai Perubatan 12 Bgd dan penyerahan sumbangan pakaian oleh Panglima kepada wakil penduduk Kg Rakoh. Perlawanan bola sepak tiga penjuru melibatkan kumpulan 12 Bgd, JAKIM dan penduduk setempat turut diadakan.

Keberkatan dan hikmah sambutan kembara Aidiladha ini mencapai kemuncak apabila seorang penduduk orang asli Kg Rakoh mengucapkan dua kalimah syahadah memeluk islam pada hari tersebut.

Program diakhiri dengan penyerahan agihan daging korban dan jamuan makan bersama-sama penduduk setempat.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12678,12673,12671,12672,12674,12675,12677,12679,12676,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close