Semasa

Eks Haringgaroo Erat Hubungan Dua Hala

PERAK: Seramai 319 pegawai dan anggota dari Tentera Darat Malaysia dan Australia menyertai upacara Perasmian Eksesais Haringgaroo siri 68/2017 yang telah disempurnakan oleh Commander First Division Australian Army, Mej Jen Poul Mclachan di Ipoh Perak pada 12 September 2017.

Latihan yang terdiri daripada Command Training Ex (CTX) dan Field Training Ex (FTX) akan bermula dari 13 hingga 22 September 2017 melibatkan pasukan 2 Rejimen Renjer Diraja (2 RRD), 23 Rejimen Askar Melayu Diraja (23 RAMD), Rifle Company Butterworth (RCB) serta Rejimen 503 (AW). Dalam ucapan Mej Jen Poul Mclachan, Tentera Darat Australia bertuah dapat mempelajari selok-belok pertempuran di hutan dari Tentera Darat Malaysia dan menjadi medium kepada pertukaran serta perkongsian kepakaran taktik. Terdahulu, Ex haringgaroo merupakan kerjasama bilateral antara Malaysia dan Australia, melalui Malaysian – Australian Joint Defence Program (MAJDP).

Latihan bersama ini pertama kalinya diadakan pada tahun 1977 yang dikenali sebagai Eks Scorpion sebelum dinamakan Eks Haringgaroo (harimau-kanggaroo). Eks Haringgaroo adalah sebahagian daripada Latihan ketenteraan 5 buah negara telah diadakan di rantau Asia Tenggara secara bergilir untuk menunjukkan kekuatan kepada blok komunis sejak 1971. Lima buah negara itu adalah Malaysia, Singapura, Thailand, Australia dan New Zealand. Latihan ketenteraan ini adalah hasil dari Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan program pertahanan bersama MAJDP sejak 1992.

Objektif Eks antara lainnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Australia dalam usaha mengekalkan keamanan di rantau asia. Latihan ini menekankan aspek Operasi Melawan Insurgensi di hutan dan akan diakhiri dengan serangan terhadap khemah sementara musuh.

Turut hadir Ketua Staf Markas 2 Div, Kol Mohd Azdhar Abd Latiff yang mewakili Panglima 2 Div dan Ketua Staf Markas 2 Briged, Lt Kol Ahmad Abd Rashid.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker