BAKATSemasa

BAKAT dan Tabika Kemas 18 RAMD (PARA) Sertai Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan

TERENGGANU: Pengerusi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) bersama 70 ahli BAKAT serta anak-anak Tabika Kemas Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja Para (18 RAMD Para) telah terlibat dalam perbarisan yang telah dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Terengganu pada 11 Sep 2017 bertempat di Stadium Kompleks Majlis Sukan (MSN) Negeri Terengganu, Gong Badak. Majlis telah dirasmikan oleh Penyelaras Tabika Kemas Seberang Takir yang mewakili Isteri Menteri Besar Terengganu.

Perbarisan yang melibatkan lebih 700 peserta serta diiringi oleh Platun Tambor 18 RAMD (Para) ini turut disertai 20 buah Tabika Kemas sekitar negeri Terengganu, Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) daripada Batalion Ke-9, Pasukan Gerakan Am (PGA) serta Jabatan-jabatan Kerajaan Setempat. Sementara itu turut dipertontonkan demonstrasi memadam kebakaran dan pertolongan cemas daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu.

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close