Sukan

Atlet TD Diberi Penghargaan

KUALA LUMPUR: Seramai 11 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) atlet Tentera Darat (TD) daripada pelbagai Kor yang telah menyumbang pingat dan kecemerlangan kepada sukan negara semasa Kejohanan Sukan SEA Ke-29 dihargai apabila diberi kenaikan dalam Majlis Pakai Pangkat yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim di Wisma Perwira TD pada 25 Sep 2017.

Pemakaian pangkat didahului oleh SSjn Mohd Hanip Che Halim yang dinaikkan pangkat daripada SSjn ke P/PW II dimana beliau telah memenangi pingat emas dalam acara hoki dewan manakala Sjn Muhaizar Mohamad dinaikkan pangkat ke P/SSjn yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara marathon.

Majlis diteruskan dengan tiga anggota LLP dinaikkan pangkat Kpl ke Sjn didahului oleh Kpl Mohd Syafiq Yaacob dimana beliau telah memenangi pingat emas dalam acara hoki dewan, Kpl Juliani Mohamad, emas dalam acara hoki padang manakala Kpl Siti Rahmah Othman yang turut memperoleh pingat emas dalam acara hoki padang.

Anggota yang dinaikkan pangkat LKpl ke Kpl pula, didahului oleh LKpl Ain Kamaruddin yang telah merangkul pingat emas dalam acara Muay Thai kategori 54-57 kg, LKpl Indran Rama Krishnan, gangsa acara tinju kategori 75 kg dan LKpl Nor Aniza Rahmat yang memenangi pingat gangsa dalam acara hoki dewan.

Bagi pangkat Pbt ke LKpl mendahului senarai, Pbt Muhammad Hairul Hazizi Haidzir yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara sepak takraw, Pbt Iskandar Alwi telah, gangsa dalam acara lompat bergalah dan Pbt Zaidatul Husniah Zulkifli yang telah memenangi pingat perak dalam acara 100 meter dan 200 meter.

Turut hadir Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin.


Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

 

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker