Semasa

Anugerah Sukan Gerak Khas

JOHOR: Tunku Panglima Johor, Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Ibni Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli mewakili Kol Komandan Gerak Khas, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke Majlis Santapan Malam dan Anugerah Jaguh Sukan Gerak Khas Tahun 2016 yang diadakan di Hangar Skuadron Perahu Khas (SPK) pada 20 Sep 2016.

Majlis ini merupakan satu acara dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Rejimen Gerak Khas Ke-52 yang bertujuan memberi anugerah dan mengiktriraf anggota-anggota Gerak Khas yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang sukan.

Terdapat dua anugerah sukan yang diberikan iaitu Anugerah Jaguh Sukan yang dianugerahkan kepada Kpl Mohd Azuan Asmuni dari Rejimen 22 Komando bagi penglibatan dan pencapaian beliau diperingkat ATM dan antarabangsa manakala 11 atlet lagi menerima Anugerah Lambang Penuh Sukan Gerak Khas.

Turut hadir Tengku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, Pengerusi Gerak Khas, Mej Jen Datuk Zolkopli Hashim dan mantan Panglima GGK.

 

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker