Semasa

9 RAMD (PARA) Pamer Panji-Panji Rejimen Sempena HUT Ke-52

MELAKA: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) mengadakan Perbarisan Mempamer Panji-panji Rejimen sempena HUT ke-52 yang diadakan di Padang Kawad Pasukan pada 30 Sep 2017.

Perbarisan ini terdiri daripada 10 pegawai dan 220 Lain-Lain Pangkat (LLP) yang diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Shahran Imran Ab Rahman.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) mengingatkan kepada seluruh warga Harimau Para agar menghargai dan mengenang jasa serta memperingati pahlawan-pahlawan yang telah berjasa membina legasi kecemerlangan pasukan malah ada yang turut cedera dan menggadai nyawa semasa pertempuran demi mempertahankan negara yang tercinta.

Di samping itu, beliau juga menyeru kepada semua warga pasukan untuk meningkatkan skill, kemahiran dan kecergasan bagi mencapai tahap sebagai seorang perajurit Para Pahlawan Sembilan yang cemerlang di dalam penugasan operasi, latihan mahupun kursus.

Perbarisan ini lebih bermakna dengan kehadiran Veteran-veteran 9 RAMD (Para) yang pernah berkhidmat semenjak penubuhan pada 1 Sep 1965 terutama Veteran Op Tunis Jangka Panjang di Bau Sarawak yang telah berjaya membunuh seramai 38 Pengganas Komunis dan menawan 16 yang lain dalam tempoh dua tahun mulai 1972 hingga 1974.

Kehadiran warga veteran semasa perbarisan ini telah menyuntik semangat dan inspirasi kepada warga Harimau Para untuk lebih berjaya pada masa akan datang.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close