Semasa

UJL Uji Ketahanan Anggota 31 Bgd

SARAWAK: Seramai sembilan pegawai dan 65 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Markas Briged Ke-31 Infantri Malaysia telah melaksanakan Ujian Jalan Laju (UJL) 15 Km bermula di Bulatan Durin-Sibu pada 1 Ogos 17.

Ujian yang telah bermula di bulatan Durin-Sibu dan berakhir di Sibujaya ini diadakan bertujuan menguji ketahanan mental dan fizikal, perintah dan kawalan (C2) terhadap semua anggota di sepanjang jarak yang dilalui.

Selain itu, ujian tersebut juga menitik beratkan perkara asas seperti aspek keselamatan, penjagaan senjata dan peralatan Full Service Marching Order (FSMO) anggota dan berakhir dengan mencapai objektif latihan yang digariskan untuk menguji stamina dan kecergasan anggota di semua peringkat sebagai satu kumpulan.

Turut serta di dalam UJL ini adalah Mej Zulkarnain Abd Latif, Kem Komandan, para pegawai dan seluruh anggota Cekal Waja.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11818,11815,11816,11817,11819,11820,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close