Semasa

Tim Tinju 10 Bgd (Para) Terima Bendera

KUALA LUMPUR: Panglima 10 Briged (Para), Brig Jen Dato Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim telah menyerahkan bendera kepada wakil Kontinjen Tim Tinju 10 Briged (Para) di Dewan Majlis Sukan Negara (MSN) Keramat, Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2017.

Dalam ucapan beliau, Panglima 10 Bgd (Para) mengucapkan tahniah kepada wakil petinju 10 Bgd (Para), LKpl Indran Ramakrishan daripada 8 RRD (Para) yang mewakili Malaysia dalam Acara Tinju Sukan SEA Ke-17 Kuala Lumpur dan berharap semoga dengan kejayaan beliau mewakili Malaysia menjadi inspirasi kepada lapan petinju yang dipilih untuk mewakili formasi 10 Briged (Para) ke Pertandingan Tinju Antara Formasi TD pada 14 sehingga 18 Ogos 17 di PULPAK, Melaka.

LKpl Indran telah dilatih oleh Penolong Jurulatih Kebangsaan yang juga anggota 10 Bgd (Para), Kpl Awang Affandy Awang Kati selama dua tahun bersama-sama peninju MSN Keramat.

Turut hadir Ketua Pengurus Tinju Kebangsaan, Dato’ Abdul Rahman Lariwo, semua Jurulatih Tinju MSN dan barisan Petinju Negara Malaysia.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12126,12125,12123,12118,12124,12122,12121,12120,12119,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close