Bersama PemimpinSemasa

TD Sertai Larian Semarak Kemerdekaan

TERENGGANU: Seramai 500 warga Tentera Darat bersama Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menyertai Larian Merdeka Tentera Darat 2017  sejauh 1.2 kilometer bermula dari kilang besi Eastern Steel Sdn Bhd ke Balai Raya Bukit Kuang pada 17 Ogos 2017.

Aktiviti larian yang julung kali diadakan itu bersempena dengan Program Semarak Merdeka Parlimen Kemaman 2017 yang diadakan selama tiga hari dari l6 hingga 18 Ogos 2017 dengan mengadakan pameran ketenteraan melibatkan aset-aset TD di Padang Astaka Kemaman.

PAT yang juga anak jati Kemaman bersama kesemua peserta terdiri dari pegawai dan anggota tentera seluruh Pantai Timur berjaya menyudahkan larian itu dalam tempoh lebih kurang 15 minit selepas dilepaskan pada jam 8 pagi.

Ketika larian peserta turut mengibarkan 59 helai bendera simbolik tahun kemerdekaan negara yang bakal memasuki usia 60 tahun pada 31 Ogos ini.

Turut menyertai larian Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Ramli Mohd Jaafar, Panglima 10 Bgd Para, Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Setiausaha Penyelaras Umno DUN Kijal, Roshali Taha dan Pejalan Kaki Solo Kemaman, Sabri Ali.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali DKM
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close