Semasa

Perbarisan Penutup Latihan Kem Tahunan Rej 511 AW dan Serah Terima Tugas Komander Rej 511 AW

SARAWAK: Seramai 12 Pegawai dan 144 Lain-lain Pangkat (LLP) Sukarela menyertai dalam Perbarisan Penutup Latihan Kem Tahunan Rejimen 511 Askar Wataniah (AW) telah diadakan di padang kawad Kem Sematan, Lundu pada 6 Ogos 2017.

Perbarisan diketuai oleh Pegawai Memerintah Batalion Pertama Rejimen 511 AW, Lt Kol Mahadi Hj Khalid.

Latihan kem tahunan telah berlangsung di Kem Sematan bermula 23 Julai 2017 sehingga 6 Ogos 2017 yang melibatkan pelbagai aktiviti telah dilaksanakan merangkumi latihan menembak, latihan medan, aktiviti-aktiviti Regimental, kerohanian serta pertandingan-pertandingan sukan ketenteraan antara Batalion.

Latihan ini juga merupakan siri pertama diadakan pada tahun ini dan telah dihadiri seramai 28 pegawai dan 645 LLP Sukarela.

Perasmian Penutup Latihan Kem Tahunan telah disempurnakan oleh Komander Rejimen 511 AW, Brig Jen Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani.

Perbarisan turut menyaksikan Pemakaian pangkat kepada 15 Pegawai dan anggota LLP sukarela serta penyampaian sijil kecemerlangan kepada pegawai dan LLP sukarela. Turut memeriahkan acara, persembahan tarian perang yang begitu bersemangat telah dipersembahkan oleh Kompeni A, Batalion Pertama Rejimen 511 AW dari Politeknik Kuching.

Sesi acara diteruskan dengan Upacara Serah Terima Tugas Komander Rejimen 511 AW diantara Brig Jen Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani, Setiausaha Negeri Sarawak kepada Lt Kol Abang Mohamad Abang Marzuki, Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Perbadanan Pembangunan Sarawak.

Turut hadir Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima 1 Div, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin, Panglima 3 Bgd, Brig Jen Dato’ Lee Heng Cheong, Komander Rej 510 AW dan Ahli-ahli Jawatankuasa Pendukung AW (JAKPAW) Sarawak.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11883,11877,11878,11879,11880,11881,11882,11884,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker