SemasaTrup TD

Peninju Negara Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR: Peninju Negara yang juga anggota 10 Briged (Para), LKpl Indran Ramakrishnan telah dinaikkan pangkat dari Lans Koperal ke Koperal pada 30 Ogos 17 bertempat di Hotel Renaissance, Kuala Lumpur.

Acara telah disempurnakan oleh Pegawai Memerintah Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para), Lt Kol Muhammad Samzie Gusang atas jasa beliau kepada negara selain menaikkan imej Tentera Darat khususnya. Beliau turut menerima sumbangan dan cenderahati dari Urusetia RRD dan Panglima 10 Briged (Para).

Terdahulu, Kpl Indran telah mewakili negara Malaysia dalam Sukan SEA dan telah menyumbangkan pingat gangsa bagi kategori Middleweight 75 kg.

Turut hadir adalah Panglima 10 Briged (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, wakil Urusetia RRD, petinju-petinju Negara yg lain, RSM-RSM dan anggota dari 10 Briged (Para).

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12413,12409,12412,12415,12408,12414,12410,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close