BAKATSemasa

Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin BAKAT Darat

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat, Datin Sri Zaleha Md Yusof hadir bersama-sama 100 ahli BAKAT Darat dalam Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yassin anjuran Exco BAKAT Darat di Rumah BAKAT Darat pada 17 Ogos 2017.

Majlis yang diisi dengan aktiviti keagamaan seperti Solat Sunat Taubat, Solat Dhuha dan Solat Hajat dipimpin oleh Ustazah Azizan Mohamad Yusof bertujuan untuk memohon agar dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan darjah kesihatan yang baik kepada 40 orang bakal jemaah haji BAKAT Darat yang terpilih untuk menunaikan haji pada tahun ini dimana sebahagian besar daripada mereka telah pun berangkat ke Tanah Suci.

Turut hadir Naib Pengerusi 1 Jemaah Tertinggi Bakat Darat, Datin Rashidah Abdul Rahim dan Pengerusi-Pengerusi BAKAT Formasi.

 

Gambar: Nur Hafidzah Saari

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close