Semasa

Majlis Perasmian MCTC

SARAWAK: Majlis Perasmian Pusat Transformasi Komuniti Bergerak atau lebih dikenali sebagai Mobile Community Transformation Center (MCTC) telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri N.72 Lambir, Encik Ripin Lamat di Gelanggang Serbaguna Bekenu pada 19 Ogos 2017.

Program Mobile CTC ini merupakan salah satu cabang inisiatif kerajaan, menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang dirangka untuk membawa dan mendekatkan perkhidmatan agensiĀ kerajaan terus kepada masyarakat dan rakyat setempat yang jauh dari pusat pentadbiran kerajaan negeri Sarawak.

Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) turut mengambil kesempatan ini untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti Projek Jiwa Murni seperti pameran-pameran ketenteraan oleh pasukan 20 RAMD, promosi serta pengambilan Askar Wataniah oleh Rej 510 (AW) dan juga pemeriksaan serta rawatan pergigian percuma oleh 624 PGAT yang berlangsung dari 19 sehingga 20 Ogos 17.

Turut hadir semasa Majlis Perasmian adalah Pegawai Memerintah 20 RAMD, Lt Kol Azmi Hj Ali, mewakili Panglima 9 Briged dan Penolong Pegawai Memerintah Bn 3 Rej 510 (AW), Mej Zulhisyam Yusoff.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12218,12219,12220,12221,12222,12223,12224,12225,12226,12227,12228,12229,12230,12231,12232,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close