Semasa

Latihan Pusat Terjun Bebas 10 Bgd (Para)

TERENGGANU: Batalion Ke-18 Rejimen Askar Melayu Diraja (18 RAMD) telah melaksanakan latihan pusat penerjunan bebas mulai 7 hingga 10 Ogos 2017 di Kuala Terengganu yang disertai oleh 50 orang pegawai dan anggota.

Latihan yang bertujuan sebagai platform persiapan bagi pertandingan Payung Terjun ATM yang akan diadakan pada 22 hingga 30 Sep 17 akan datang menjuruskan kepada pengendalian payung terjun bagi acara Ketepatan Mendarat Payung Terjun Tentera (Accuracy Landing – Military), Ketepatan Mendarat Payung Terjun Sukan (Accuracy Landing – Sport) dan juga kekemasan pergerakan udara bagi acara Formasi Di Udara (Formation Skydiving).

Latihan ini dijayakan dengan penglibatan jurulatih payung terjun dari Cawangan Payung Terjun, PULPAK serta bantuan pesawat CN 235 dari No 1 Skuadron TUDM dan C130 dari 20 Skuadron TUDM.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12150,12143,12140,12144,12145,12146,12147,12148,12149,12142,12141,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close