Semasa

Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan

JOHOR: Seramai 60 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Tentera Darat (TD) daripada pasukan-pasukan di Negeri Johor telah dilepaskan membawa bendera Malaysia dengan diiringi tim berbasikal seramai 10 orang dalam Pelancaran Pelepasan Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan di Taman Negara Tg Piai, Pontian pada 18 Ogos 2017.

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) adalah penganjur bagi acara dari Zon Selatan dan akan menyertai larian ini melalui jalan-jalan persekutuan dari Tg Piai, Benut, Batu Pahat dan Muar mulai 18 hingga 21 Ogos 17 dan seterusnya menyerahkan bendera Malaysia kepada formasi Markas 21 GGK di Dataran Tg Emas, Muar.

Secara keseluruhannya, jarak larian adalah sejauh 159km dengan penglibatan pelari TD seramai 470 orang dan kumpulan sokongan logistik dan pentadbiran seramai 200 anggota.

Acara pelepasan disempurnakan oleh pemangku Panglima 7 Bgd, Kol Hj Roslan A. Rahman bersama Pegawai Daerah Pontian, Mej (Kehormat) Hj Onn Jabbar @ Jaafar.

Turut hadir Ketua Staf MK Log, Kol Hj Abdul Malek Hj Anid, Kol (Dr) Mohd Rosli Majid, wakil 3 Div, Norwati Abd Wahab. (Wakil Pengurus Taman Negara Tg Piai) dan Pegawai-pegawai Memerintah/Pemerintah pasukan di Negeri Johor.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12185,12186,12183,12182,12187,12188,12190,12191,12189,12184,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close