Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan

MELAKA : Seramai 271 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dengan hari kedua Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan bermula dari Pekan Pasir Panjang hingga ke Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan dengan jarak larian sejauh 14 kilometer dilepaskan oleh Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim pada 25 Ogos 2017.

Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan yang dianjurkan oleh MK 10 Briged Para bermula dari Kem Terendak ke Tanjung bidara lalu ke Linggi dan ke Teluk Kemang serta berakhir di Port Dickson bermula 24 hingga 25 Ogos 2017 dan seterusnya menyerahkan bendera Malaysia kepada formasi Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat di Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson, Negeri Sembilan yang melibatkan jarak keseluruhan larian sejauh 53 km dengan penglibatan pelari dari 10 Bgd (Para) seramai 1050 pegawai dan anggota.

Acara Penyerahan Bendera telah disambut dengan meriah dengan penyerahan oleh Panglima 10 Bgd ( Para) kepada Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin TD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik.

Antara program lain yang diadakan seperti Pemeriksaan Kesihatan kepada penduduk setempat, Pameran Statik Kelengkapan Kompeni PANDURA dan Pameran Kenderaan.

Turut hadir ADUN Linggi, YB Dato’ Hj Abdul Rahman Mohd Redza, Komandan ATD dan Komandan PUSASDA.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12393,12389,12391,12390,12392,12394,12395,12396,12397,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close