Semasa

Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan

JOHOR: Seramai 94 pegawai dan anggota TD daripada pasukan-pasukan Tentera Darat di Negeri Johor telah dilepaskan membawa bendera Malaysia pada hari kedua Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan bermula dari Masjid Jamek Pekan Parit Tengah, Pontian lalu meneruskan larian ke Benut dan Dataran Pejabat Daerah Batu Pahat serta mengakhiri larian hari kedua pada 19 Ogos 2017.

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) selaku penganjur bagi Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan akan menyerahkan bendera Malaysia kepada formasi Markas 21 GGK di Dataran Tg Emas, Muar.

Secara keseluruhannya, jarak larian adalah sejauh 159km dengan penglibatan pelari Tentera Darat seramai 470 orang dan kumpulan sokongan logistik dan pentadbiran seramai 200 orang.

Acara pelepasan pada hari kedua telah disempurnakan oleh Pemangku Panglima 7 Bgd, Kol Hj Roslan A. Rahman bersama ADUN Benut.

Turut hadir Datuk Ir Hj Hasni Hj Moham dan Pegawai-pegawai Memerintah serta Pemerintah pasukan di Negeri Johor.

[jaw_divider divider_title=”Back To Top” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12210,12206,12207,12208,12209,12211,12212,12214,12213,12215,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close