Kesiagaan PUSASDA Diuji Dalam Pemeriksaan Tadbir Tahunan

NEGERI SEMBILAN: Seramai 36 pegawai dan 361 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) telah melaksanakan Pemeriksaan Tadbir Tahunan yang disempurnakan oleh Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik pada 16 Ogos 17.

Pemeriksaan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti Prestasi Kompetensi pasukan dengan menguji tahap kesiagaan pasukan. Pemeriksaan tersebut dimulakan dengan perbarisan yang diketuai oleh Komandan PUSASDA, Kol Khairul Azmizal Ahmad Natal diikuti dengan 7 jenis ujian iaitu Ujian Jalan Laju (UJL) 5 km, Ujian Kecergasan Asas (UKA), dan Ujian Kelayakan Kemahiran Individu (UKKI) yang melibatkan Baca Peta, Perhubungan Radio dan Pengendalian Senjata.

Kemuncak ujian, pertandingan UJL 8 km dilaksanakan dengan melibatkan 7 tim yang terdiri daripada 140 Pegawai dan LLP PUSASDA.

Taklimat berkaitan perkara Gerakan, Pentadbiran dan Logistik turut disampaikan kepada Panglima Latihan TD dan pemeriksaan di akhiri dengan acara menandatangi buku lawatan dan acara bergambar.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”12178,12174,12173,12175,12176,12177,12179,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close