3 DivSemasa

KERIS STRIKE-LATIHAN AKHIR CEMERLANG

PAHANG: Latihan akhir melibatkan 17 peg dan 206 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada Batalion Ke-19 Rejimen Askar Melayu Diraja Mekanize (19 RAMD Mek) dan 1/25 Stryker Brigade Combat Team (SBCT), Artic Wolf berlangsung dengan cemerlang apabila diperaksikan dihadapan Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, turut diiringi Panglima 4 Bgd Mek, Brig Jen Dato’ Md Din Hj Abu di sekitar hutan Temerloh pada 17 Ogos 2017.

Latihan akhir yang dijalankan melibatkan serangan keatas Penempatan Pengganas Komunis yang mana SBCT adalah pelaku bagi kumpulan serangan utama dan 19 RAMD mempamerkan mutu kerjasama yang unggul serta koordinasi yang baik antara USARPAC dan TDM.

Kedua-dua ketumbukan ini seterusnya ditarik keluar daripada kawasan latihan menggunakan lima buah pesawat UH-60 Blackhawk milik 2-25th Aviation Regiment.

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close