Semasa

18 RAMD (Para) Sebagai Elemen Keselamatan Acara Horse Endurance Race – Sukan SEA KL 2017

TERENGGANU: Seramai dua pegawai dan 80 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 18 RAMD (Para) diaturgerakkan bagi memberikan bantuan dari aspek keselamatan di bawah OP KAWAL bagi Penganjuran Horse Endurance Race – Sukan SEA KL 2017 yang bertempat di Terengganu International Endurance Park, Lembah Bidong, Terengganu pada 20 Ogos 2017.

OP ini telah dilaksanakan di bawah Kerjasama Lautan Biru bersama dengan PDRM (OP RIMAU) bermula pada 19 Ogos hingga 20 Ogos 17. Pertandingan ini juga disertai Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah sebagai salah seorang peserta yang mewakili Malaysia dan turut memenangi pingat emas individu dan berpasukan dalam acara yang dipertandingkan.

OP ini telah berjaya dilaksanakan tanpa ada sebarang insiden dan sekaligus melancarkan penganjuran pertandingan pada tahun ini.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12237,12236,12235,12238,12239,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close
Close