Bersama PemimpinSemasa

18 RAMD (Para) Menyambut Hari Kebangsaan Ke-60 Bersama Warga Terengganu

TERENGGANU : Seramai lima pegawai dan 112 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada Batalion Ke 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) (18 RAMD Para)  telah terlibat secara langsung dalam Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2017 Peringkat Negeri Terengganu yang melibatkan 174 buah kontijen dari pelbagai Jabatan Agensi Awam, Institusi Pendidikan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kuala Terengganu pada 31 Ogos 2017.

Majlis sambutan kali ini merupakan yang terbesar pernah diadakan di negeri ini yang melibatkan hampir 7,000 orang peserta perbarisan. Majlis Sambutan bermula dengan perbarisan di Stadium Ismail Nasiruddin Shah dan diteruskan dengan aktiviti perarakan ke Dataran Pantai Batu Burok yang melibatkan jarak sejauh 4.3 km.

Majlis ini telah disaksikan oleh DYTM Yang Dipertuan Muda Terengganu, kerabat-kerabat Diraja Terengganu, Menteri Besar Terengganu dan dif-dif jemputan daripada jabatan agensi awam serta NGO. Turut hadir ke majlis adalah Pegawai Memerintah 18 RAMD (Para), Lt Kol Din Izuan bin Mahar Afandi.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12425,12424,12426,12427,12428,12429,12430,12431,12432,12433,12434,12435,12436,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Komen Facebook
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Close