Semasa

Tunku Panglima Besar Kedah Sambut Raya Bersama Warga 6 Bgd

KEDAH: Yang Teramat Mulia Tunku Panglima Besar Kedah, Brig Jen Tunku Puteri Intan Shafinaz Sultan Abdul Halim mencemar duli dan disambut mesra oleh Panglima 6 Briged, Brig Jen Dato’ Dzulkarnain Ahmad dan isteri bersama-sama 300 anggota serta keluarga dalam majlis sambutan hari raya peringkat (6 Bgd) di Keriang Hill Resort, Alor Setar pada 23 Jul 2017.

Baginda yang juga selaku Komandan Rej 513 (AW), turut menyampaikan sumbangan kepada anak dan anggota yang menghidap penyakit kronik disamping beramah mesra dengan semua yang hadir.

Dalam pada itu, turut diadakan sambutan hari lahir baginda dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik, diikuti pemberian hadiah replika kapak yang disampaikan oleh Panglima 6 Bgd.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11742,11743,11740,11741,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close