Semasa

Syarahan Kesedaran Siber MPLDTD

NEGERI SEMBILAN: Seramai 948 pegawai dan anggota serta penuntut Markas Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat (MPLDTD) telah menghadiri Syarahan Kesedaran Siber Zon Port Dickson yang disampaikan oleh delegasi daripada Direktorat Peperangan Informasi(DPI) di Auditorium Sebatang Karah Kem Segenting pada 19 Jul 2017.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Panglima Latihan TD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik kepada delegasi Direktorat Peperangan Informasi yang diketuai oleh Pengarah Direktorat Peperangan Infomasi, Brig Jen Dato’ Basri Kasban. Beliau juga berharap agar segala informasi yang disampaikan oleh delegasi DPI dapat diaplikasikan bagi menghalang sebarang ancaman siber.

Acara diakhiri dengan penyerahan poster keselamatan siber kepada Panglima Latihan TD dan penyampaian pemenang cabutan bertuah turut dilaksanakan.

[jaw_gallery gallery=”11508,11507,11510,11509,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close