Semasa

Sambutan HUT Kedua 31 BGD INF Meriah

SARAWAK: Seramai 23 Pegawai dan 201 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Perbarisan Hari Ulang Tahun Kedua Briged Ke 31 Infantri Malaysia (31 Bgd) di Padang Kawad Kem PLKN Junaco Park, Sibu pada 22 Jul 2017.

Perbarisan ini melibatkan enam detasmen yang terdiri daripada Markas Briged dan lima unit di bawah naungan 31 Bgd yang diketuai oleh Lt Kol Mohd Azli Sulaiman, Pegawai Memerintah Batalion Ke-10 Rejimen Sempadan (10 RS), manakala Mej Willie Chahet dari Batalion Kelapan Rejimen Sempadan (8 RS) sebagai Ketua Penolong Perbarisan dan Ajutan Perbarisan adalah Kapt Sureng Bayel dari Batalion Ketujuh Rejimen Sempadan (7 RS). Sarjan Mejar Rejimen Perbarisan adalah PW I Khairuddin Ahmed dari 10 RS.

Pada pagi ini, Brigedier Jeneral Dato’ Haji Fadzil Tajudin, Panglima 31 Bgd memberikan Sijil Penghargaan kepada seorang pegawai dan empat anggota yang berjaya cemerlang menurunkan berat badan di dalam Program Menurunkan Body Mass Index (BMI) dan telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada seorang anggota LLP.

Dalam ucapan Panglima, beliau menegaskan keutamaan pemerintahan di dalam aspek keanggotaan, memperkasa lojistik dan aset ketenteraan briged baru ini. Justeru, beliau berkehendakkan semua warga 31 Bgd berdiri teguh bersama-sama beliau di dalam memperkasakan ketumbukan briged yang baru berusia dua tahun penubuhannya.

Sempena Hari Ulang Tahun Kedua Bgd Ke 31 Inf ini juga, seluruh warga Cekal Waja diseru untuk meningkatkan lagi komitmen terhadap tugas yang diamanahkan disamping menjunjung tinggi nilai-nilai murni dan kehormatan tentera bagi menguatkan keutuhan dan kelangsungan organisasi ketenteraan dalam memikul tanggungjawab menjaga kedaulatan persempadanan tanahair di Bumi Kenyalang ini.

Perbarisan pada pagi ini telah disaksikan oleh dif-dif jemputan iaitu ACP Saiful Bahari Hj Abdullah, Ketua Polis Sibu, Mohammad Azri Nordin, Penolong Penguasa Bomba Sibu, Khiu Siong Hii, Pengusaha Kem PLKN Junaco Park dan dua Tuai Rumah, RH Anthony dan RH Singgai dari sekitar Kampung Pasai dan Batu 16, Sibu.

Turut hadir ialah Ketua Staf, Lt Kol Mohd Zaini bin Hj Hashim, Pegawai Memerintah dan Pemerintah, Pegawai-Pegawai dan seluruh warga Cekal Waja.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11714,11707,11716,11709,11708,11713,11715,11706,11711,11710,11712,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]
Tag
Seterusnya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Lihat juga

Close
Back to top button
Close